G.A.Y.O.N.G!!!SEJARAH PENGENALAN PSSGM

Pengasas dan pencipta Silat Seni Gayong Malaysia ialah Dato' Mahaguru Meor Abdul rahman bin Uda Mat Hashim D.P.C.M, berdarah Bugis dan beliau adalah cicit kepada Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam. Meor Abdul Rahman telah mempelajari segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong tatkala beliau berusia 12 tahun daripada datuknya (sebelah ibunya) iaitu Syed Zainal Al-Attas seorang Hulubalang yang terkenal di Pahang. Melalui ilmu Silat Seni Gayong yang diperolehinya, Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Sulatan Perak Almarhum Sultan Alang Iskandar telah mengurniakan gelaran 'Panglima Sendo Perak' kepada beliau ketika berusia 19 tahun. Di dalam tahun 1947, kerana perkhidmatan cemerlangnya di dalam Jabatan Penyiasatan Jenayah Singapura (C.I.D.) beliau telah dikurniakan anugerah 'King George VI'. Dalam tahun 1871 pula, beliau telah dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Simanja Kini (DPCM) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

FALSAFAH

Agama menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawasan untuk bertingkah-laku yang bernilai lhur dari segi agama dan kepentingan masyarakat.

NILAI-NILAI LUHUR

*    Perguruan Seni Silat adalah tempat untuk membentuk manusia yang memiliki ketahanan mental dan fizikal yang optima.
*    Beriman teguh kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan melaksanakan ajaran-ajaranNya.
*    Menghormati sesama manusia, terutama ibubapa dan orang yang lebih tua.
*    Meningkatkan kemampuan diri secara terus menerus dalam mengejar prestasi yang optimis.
*    Mencintai seni budaya dan menghargai karya-karya indah.
*    Berani menegakkan kebenaran, kejujuran dan keadilan serta membenteras kepalsuan, kemunafikan dan penyelewengan.

tendangan angin puyuh!

DI ANTARA PELAJARAN SILAT SENI GAYONG IALAH:

                                                        *    GERAKAN TAPAK ANAK HARIMAU
                                                        *    ASAS ELAKAN
                                                        *    SENAMAN ANAK HARIMAU
                                                        *    BUAH TAPAK
                                                        *    SERANGAN BEBAS
                                                        *    SENI PISAU
                                                        *    SENI SIMBAT
                                                        *    SENI KERIS
                                                        *    SENI PARANG PANJANG
                                                        *    SENI CINDAI
                                                        *    SENI YOI

|gayongpppitm|sejarah|carta organisasi|aktiviti|guest book|gambar|ME!|